Saturday, July 24, 2010

Breastfeeding dan Cloth Diapering

(dipetik dari diyaluna.com)> Keputusan untuk menggunakan Cloth Diaper(CD) adalah suatu keputusan yang besar seperti Breastfeeding(BF) iaitu memilih ‘kesusahan’ walaupun ada yang lebih senang (seperti disposable diapers & susu formula).
hehehe.... sajer nak share kenapa saya pilih kesusahan walaupun ada yang lebih mudah seperti kata Sue ... Susah ker?

Sebenarnya bagi saya lagi susah bila anak saya minum fm... sebab

1. Ajim allergy pada fm
2. Sebulan boleh dikatakan 2x pergi klinik sebab nak ambik ubat untuk ekzema
3. Seringkali bertukar susu formula mecari yang sesuai untuk Ajim... end up Isomil (mahal tu)
4. Bila Ajim batuk dan selsema selalu kena athmatic... pastu kena sedut gi klinik... sian Ajim
5. Ajim sangat mudah kena penyakit berjangkit....
6. Gigi Ajim tak lawa sebab fm (dia suka tidur sambil menyusu)
7. kena bangun malam dan bancuh susu... (ganggu masa berkualiti saya untuk tidor tau)

susah sebenarnya bila anak-anak minum susu fm ni, masalah-masalah di atas menyebabkan Lina mencari alternatif yang lebih sihat dan mudah...

Bagi saya susah bila anak pakai disposable diapers

1. Dadi dan Hakimah rashes masa pakai DD
2. Sangat merah di celah tu* sian depa... tak tau dah nak pakai ubat aper
3. Kena keluarkan wang yang banyak untuk beli DD

so kalau pakai CD dah tak payah fikir semua tu... susah ke nak basuh?? tak sebab saya tak basuh sendiri MESIN BASUH tolong saya hehehe... kadang-kadang cik abang pun tolong saya membilas... (thanx abang.. luv u so much)

Saya memilih Natural Parenting kerana.... ia memudahkan saya... dalam tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang...

Saya sangat risau bila terkenangkan disposable diapers ada dioksin... Anak-anak saya akan terdedah kepada kanser.... KANSER tu... saya takut mendengar perkataan kanser kerana ramai orang mati kerana kanser... walaupun saya tahu manusia akan mati tapi biarlah mati dalam keadaan yang sihat...

Saya sangat-sangat ingin membantu rakan-rakan disekitar saya merasai kepuasan menjadi ibu bapa yang memilih natural parenting sebagai gaya hidup mereka, saya bukan sekadar mengikut trend, tapi kalau mengikut trend itu memberikan kebaikan kepada saya, keluarga saya, sahabat saya, orang-orang disekitar saya.. apa salahnya kan??

Saya tidak untung apa-apa bila saya mempromosikan kebaikan breastfeeding, sebab tiada syarikat yang mengeluarkan susu ibu, susu ibu hanya ada pada ibu itu sendiri dan ianya adalah PERCUMA dan memberi 1001 kebaikan kepada bayi kita.... belum terlambat untuk kita memilih. Saya yakin anda tidak akan menyesal.

No comments: