Tuesday, December 8, 2009

Bumbo Seater

Ni Bumbo seater yang baru di beli.. baru tak baru sangatla.. Memang dah lama aim nak beli dari bersalinkan dadi lagi... tapi masa tu pk ish mahal sangat dekat rm200 harganya.. mana nak beli pampers lagi.. susu lagi.. so sekrang ni dah x payah pk pampers ngan susu buleh la beli... harga rm159.90 di littlewhiz sekarang ni ada sale YES kan.. banyak lagi la yang sale kat situ.. rasa cam nak beli semua jer. hehe.. tapi cik abang dah pesan.. nak beli apa-apa bagi tau ayah dulu..






Kisah Cloth Diapers

Bagaimana Lina mula kenal dengan Cloth Diapers... sebelum bersalinkan Hakimah memang ada keinginan nak bercloth diapers ada la juga buat research kat internet... tapi hajat tu tak terlaksana sebab memandangkan malas nak kena basuh dan harganya yang mahal... maunyer tak mahal satu CD dah dekat 5o hinggit... masa tu la pk kan.. Lepas 1 bulan lebih melahirkan... Mak cakap.. "Kakak mak ada beli lampin untuk kamu 3 untuk Ima 2.. (adik Lina yang ada anak kecik juga)" terpk juga Lina masa tu.. mak dah bagi ambik jer la..

So try ler pakai yang ada tu.... wah menarik juga kan... so order la lagi masa tu lunatots buat promotion rm250 untuk 5 cd dan extra 5 insert... so beli jer la... tak pk aper aper pun masa tu... tapi bila dah lama pakai rasa cam best pulak sebab tak payah beli pampers dah... tapi mula-mula pergi shopping lepas berCD tu cam pelik la juga kan... selalunya lama sangat dok kat tempat pampers membandingkan harga mana lebih murah dan berkualiti untuk di pakai... Tapi Hakimah ruam juga sebab Disposable Diapers (DD)

Lagi satu miracle yang berlaku lepas berCD ialah... Hakimah sudah hilang ruam... bukan hanya di tempat itu malahan ruam seluruh badannya... sungguh ibu takkan berpaling dari memakai CD kalau macam tu... krim yang dibeli pun boleh dah nak let go...

Lepas tu mula la Lina rasa nak share ngan sumer orang kat sekolah betapa bestnye memakai CD dan kepuasan... cuma perlu kerajinan la pulak nak basuh kan.. nak basuh CD tak der la susah seperti yang dibayangkan sebelum ni.. sebab Lina bilas jer... buang poo poo kalau ada .. masukkan CD dalam laundry bag.. campak dalam washing machine masukkan sedikit sahaja sabun baby dan basuh... lepas tu sidai.. Mudah kan

Duit lebih yang selalunya kena beli pampers bulan-bulan boleh jimat (x der la jimat pun.. Shopping yang lain sebenarnya tanpa rasa bersalah pk.. ala pampers x beli lagi) dan lagi baik kalau breastfeed sekali sebab susu pun x perlu beli... aahh like in heaven bleh tambah duit shopping... oleh simpan di bercuti)


Ni Ajim ngan stok CD yang baru sampai.. nak bagi kat saper stok CD tu... bukan bagi tapi jual.. kat kengkawan jer thn ni ngan thn depan ramai yang bersalin.. bak omputih kata SHARING IS CARING... so lina nak semua kawan-kawan rasa betapa bestnye tak payah spent duit bulan2 beli pampers

inside box... nak kira cukup ke x sebab dalam resit tu tulis 50 pcs... tapi Lina order 56 pcs untuk snap button...

lepas kira... ok cukup...

AIO CD... All in one CD amat bagus untuk orang yang malas keluarkan dan masukkan insert.. sama macam pakai pampers biasa cuma bezanya jangan dibuang.. mahal ni dek non...
tapi satu keburukannya.. lambat ler kering... kalau sidai dalam umah ambik masa dua hari nak kering..

Lina sidai dalam bilik jer... 3 hari sekali baru basuh.. (kan Lina cakap.. Lina bukan rajin pun)


Insert perlu dianginkan supaya cepat kering...


CD tak per x anginkan pun mudah kering... tolong abaikan betapa bersepahnye katil 2 tingkat tu.. bilik ni belum berpenghuni lagi.. bila anak-anak dah besar nanti kot


Pengudaraan bilik in amat baik.. kerana siling yang tinggi dan ada tingkat lagi...


Ini model cd... Lina masih ada dua orang anak yang memakai lampin.. haruslah Lina menggunakan CD sebab kalau tidak sebulan DD sahaja hampir rm200 tu kalau dapat DD yang ada sale... kalau x.. sendiri mau ingat ler..

Aktiviti Hari Ahad

Ajim makan ais kacang... sedap betul dia makan... siap hirup dari mangkuk polisterin tu lagi


Dadi yang comot pun x ketinggalan makan ais kacang....

Ada ice sculpture kat depan meja makan pengantin... first time pegi kenduri yang bawah khemah ada ice sculpture biasanya kat hotel jer ada... yer la kat Malaysia ni kan panas... jadi mudah ler cair

Sunday, December 6, 2009

Dadi

Gambar dadi berCD Lunatots... setakat ni dalam banyak-banyak CD yang dah Lina cuba.. Cd Lunatots membersi kepuasan dari segi kualitinya walaupun ada setengah pendapat mengatakan lunatots kecik sikit tapi mungkin sebab anak Lina pun size dia kecik so Lina tak de masalah setakat ini...

Ajim

Sian Ajim.... Ni masa kat HKL melawat mak saudara Lina yang sakit ( telah pulang ke rahmatullah pada hari yang sama. Semoga rohnya di cucuri rahmat) sebenarnya sebelum pergi pun dah sedut juga di Klinik kat Ipoh.. tapi kat KL tu makin teruk pulak... terus ayahnya bawa pergi kecemasan...
Besar tak beg sekolah baru Ajim.... Jangan jeles nanti Ajim boleh bawa Dadi, Dani dan Kimah gi sekolah sekali... hehehe..

Entry yang tertangguh hampir setahun

Entry yang tertangguh hampir setahun.... baby ni adalah new baby Lina... Namanya Audadi Hakimah agaknya semasa mengandungkan dia nak tulis blog pun tak der mood... tapi sekarang I have new mood, new baby n new story to tell all about...

Banyak kisah baru yang boleh dikongsi bersama.. Hakimah sekarang dah 4 bulan lebih... masih menyusu ibu sepenuhnya tanpa di campur dengan FM. Kenapa Lina tak susukan Hakimah dengan FM (Formula Milk) I learn from mistake before. Ajim susunya campur dan berhenti menyusu ibu semasa umurnya baru 6 bulan.. Pengetahuan tentang penyusuan susu ibu pada masa itu masih kurang tapi banyak cabarannya membesarkan Ajim. Setiap minggu kami adalah pengunjung tetap Klinik.. sebabnya Ajim allergy yang teruk.. doktor suruh tukar kepada susu soya tapi keadaan dia masih macam tu. until now ajim tetap allergy dan asma sesekali sesekala.

Lepas melahirkan anak yang kedua Audadi Humaira. Lina belajar dari kesilapan yang pertama dan berjaya menyusukan Dadi secara eksklusif selama 6 bulan. Lina ingat lepas tu kena campurkan susu kepada bayi dengan FM sebab taku baby tak cukup susu tapi masih juga meneruskan susu ibu selama 1 tahun lebih dan berhenti selepas itu kerana tak tahu yang ibu mengandung juga boleh menyusukan anaknya... tapi alhamdulillah tahap kesihatan dadi baik mungkin sebab dia cukup mendapat antibodi dari susu ibunya... dan selepas membaca tentang tandem nursing dari majalah PA&MA yang di tulis oleh sue dan farah Lina berjaya menyusukan dadi semula bersama-sama adiknya

Dan melahirkan anak yang ketiga membuatkan Lina bersedia dan nekad untuk menyusukan hakimah seboleh-bolehnya sehingga 2 tahun. Dan lagi satu perubahan yang berlaku ialah Hakimah telah dipakaikan dengan CD (Cloth diapers) dan mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia yang berbahaya terkandung di dalam DD (Disposable Diapers)

Alhamdulillah tahap kesihatan Hakimah amat memberangsangkan dan ibu tak pernah pergi Klinik disebabkan Hakimah demam, selsema atau batuk... Sebab bila Hakimah selsema akan cepat baik sebab Kimah susu ibu... Sehingga hari ini ibu masih pam susu untuk buat stok EBM (Expressed Breast Milk) sebab mana la tahu ibukena pergi kursus ke Kimah takkan terputus bekalan...

Tuesday, March 3, 2009

APA ITU
DEMOKRASI??