Monday, July 19, 2010

Dah tukar POLISI ker?


Salam...

sudah sangat lama tidak online, tak check email, tak buka facebook. Baru baru ini pergi melawat kawan yang baru melahirkan baby boy. Sangat mencabar pengalaman melahirkan yang diceritakan oleh Kak Ina (nama kawan sekerja saya tu) sampai satu tahap doktor bagi peluang hanya 50/50 untuk baby dan ibu tergamam saya mendengarnya... sebab saya belum pernah mengalami situasi seperti itu.

Kak Ina adalah client saya untuk khidmat nasihat penyusuan susu ibu, boleh kot saya panggil client walaupun khidmat nasihat ini tidak perlu bayar sebenarnya. Saya amat berharap Kak Ina tabah menyusukan anaknya tanpa diberikan susu formula kerana anaknya yang sulung ada alahan pada laktosa susu. Alhamdulillah Kak Ina berjaya memberikan anaknya kolostrum yang sangat berkhasiat sewaktu di hospital

Mengapa tajuk saya "sudah tukar POLISI ker?" Kak Ina melahirkan bayinya di HOSPITAL RAKAN BAYI (gah hanya pada polisi dan pada posternya sahaja)... sepatutnya tidak akan ada apa-apa masalah untuk menyusukan anak di situ kan... Anak Kak Ina terpaksa di letakkan di wad NICU kerana pemantauan dan menghabiskan antibiotik... dan Kak Ina di wad post natal, tanpa baby di sisi Kak Ina perlu mengepam susunya untuk memastikan ada stimulasi supaya susunya akan ADA. Tahu apa nurse di situ cakap pada dia
"TAK PAYAH LAH SUSAH SUSAH NAK PAM SEBAB ANAK TAK BOLEH NAK SUSU LAGI, BUKAN ADA SUSU PUN"
dan lagi siap ada nurse yang tawarkan untuk memberi fm pada anaknya. Tapi alhamdulillah dengan ilmu yang cukup pada Kak Ina dia berjaya menangani semua cabaran itu. Suaminya tidur di hospital (bukan di dalam bilik hospital, di luar) selama 5 hari semata-mata untuk memastikan dia dapat menghantarkan bekalan susu ibu pada anaknya yang berada di NICU.

Apa yang lebih menyakitkan hati apabila pada suatu hari suami Kak Ina tak dapat menghantarkan susu pada anak dia. Kak Ina tanya pada nurse untuk tolong dia hantarkan susu, nurse tu kata dia boleh hantarkan. Tapi at the end dia tak hantar pun. Masa nak check out baru nurse tu bagi balik susu tu (tanpa diberitahu pada Kak Ina dia tak antar susu tu) "Puan ni susu yer", nurse tu cakap la kan dengan alasan tak sempat nak antar (dia sorang ke keje kat hospital tu)

Saya berasa sangat sangat sangat terkilan bila polisi Hospital Rakan Bayi ini tidak di pedulikan oleh kakitangan hospital itu sendiri.

Malam tadi sewaktu makan malam saya bertanya pada abah saya "adakah POLISI dah berubah" yang bekerja di Hospital tersebut... (dah nak pencen pun) dia kata hospital mungkin dapat tajaan dari fm company sebab selama ni kalau conference what so ever yang kakitangan hospital pergi memang ditaja. sebab kerajaan pun tak duit nak tanggung semua tu... (BETUL KE???)

so tak payah la nak susah susah buat POLISI macam tu kalau tak nak jalankan... What do u think??

4 comments:

mamanoa said...

lina..ni hospital mana ekk??? hosp.ipoh or hosp.swasta..
my hubby dulu kat spital ipoh(GH)
so far saya deliver kat ipoh specialist still bb frenly lg..

i da tanya hubby kalu betul ada nurse kat spital tu buat camtu, kita boleh complaign & board akan investigate benda tu..sbb skang ni almost 60-70% hospital mmg bb frenly..

Lina said...

aah hospital Ipoh. saya pun deliver kat situ 3 orang anak saya tapi tak der situasi cam ni, sekarang dah jadi macam ni plak, rasa cam nak terbang gi sana jer

mamanoa said...

oooo..kalu camtu mayb betul la ckp bapak u,kengkadang kalu promoter dtg spital..sbb diorg yg biaya,bg fund sumer..that's why diorg xstrict sgt psl BF..nama jer rakan bayi..tp application kurang sbb kes-kes camni la..tp still u bleh buat complaign against them..

tp ipoh speacilist x...infact diorg mmg larang mak-mak bawak punting or btol susu masuk bhgn O&G tu..

saya deliver kat ipoh specialist..

mrsboan said...

pehh!! panas je kepala...naik darah saya terbayang-bayang kata2 nurse tu...siap pulangkan pulak ebm tu...sabar je.