Friday, February 20, 2009

Gambar Baru

Terpanggil untuk mengupdate blog hari ni.... pada saat kesunyian anak-anak di rumah mak, suami bekerja... asyik baca blog orang blog aku ni tak terupdate update lagi.... sekarang ni musim kesibukan semakin berkurangan... Tahun ni aku diberi rehat barangkali... Setiap kali aku bertanya tugas untuk aku alasan aku mengandung sering diberi... OPPSSS lupa nak bagi tahu.... Aku dah pregnant for 18+ weeks now.... dijangka melahirkan pada 16 Julai 2009... Doakan aku selamat sepanjang perjalanan ini. Sambung cerita tadi....

Satu kelemahan ke kalau seorang wanita itu mengandung... mungkin ada perkara yang tidak boleh dilakukan tapi aku rasa aku masih mampu mengharungi semua itu.... tapi tak per kita tinggalkan hal tugas sementara... aku lebih senang memikirkan anak-anak aku di rumah dan anak-anak aku di sekolah....

Itulah untungnya menjadi seorang cikgu.... sebab ada ramai anak-anak.... walau pun bukan aku yang melahirkan mereka... aku sayang seperti aku sayang pada anak-anak aku.... Aku mahu melihat mereka berjaya.... dan tugas aku memastikan mereka tidak lari dari landasan mereka ke sekolah

Oh ya.... suami tersayang aku dah buka blog baru untuk perniagaan yang kami ceburi sejak setahun yang lepas. Alhamdulillah sudah banyak pengalaman yang kami dapat dari bidang fotografi... Suami bertindak sebagai shooter... manakala aku hanya duduk di sebalik tabir sebagai editor... melengkapkan kerjasama kami sebagai suami isteri... kerana aku rasa isteri perlu berada di samping suami dan sebagai pendorong kepada kejayaan suami.... dan aku bangga kerana dapat bekerjasama begitu baik dengan suami....


Buat sahabat yang berada jauh di Lahad Datu sana (kau tahu siapa aku maksudkan).... Ingatlah semuanya sudah tersurat kepada kita sebagai hambaNya... Aku cuma berharap kau tabah dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri.... Bila berjauhan tentu banyak syak wasangka yang wujud dalam diri.... pujuklah diri sendiri dan selalulah berfikir yang baik-baik untuk kebaikan kau dan yang tersayang.... tiada sesuatu yang Allah jadikan tanpa sebab.... Memang senang untuk aku memberi pendapat tapi percayalah jika mahu segalanya berjalan dengan lancar.... fikirlah tentang perkara yang kita mahukan ianya terjadi bukan apa yang kita tidak mahu ;)

1 comment:

mrsazi said...

thanks lina for the advice..ko buat aku sebak pagi2 ni..