Thursday, February 5, 2009

Apa dah jadi??

Salam...
sudah lama rasanya tidak menulis di sini...tetapi hari ni saya perlu meluahkan... tidak tahu di mana ingin meluahkan saya berasa amat sedih, kecewa, marah dan bercampur baur perasaan ini di dalam hati saya... kenapa berlaku seperti hari ini kepada negeri tanah tumpah darah saya... kenapa ada pihak yang mengganggu pentadbiran Dato' Sri Nizar yang saya rasakan begitu adil dan bijak mentadbir negeri tercinta saya

saya lahir di Perak, dibesarkan di Perak... bersekolah di Perak sehingga sekarang saya masih lagi tidak meninggalkan negeri tercinta saya... tapi kenapa ada pihak yang tidak senang melihat apa yang berlaku di Perak... mereka hanya mementingkan kepuasan diri sendiri... Rakyat Perak bukan bodoh untuk menilai apa yag berlaku hari ini... Politik mereka memang KOTOR.... tidakkah mereka sedar apa yang mereka lakukan hari ini tidak hanya berakhir di sini hari ini... segala amalan ini akan dinilai dan ALLAH akan memberi balasan yang setimpal...

Apa yang boleh kita lakukan hanyalah bersabar.... mungkin ada hikmah terhadap apa yang berlaku pada hari ini... saya yakin Baginda Sultan Perak bijak menangani situasi seperti ini... Baginda mungkin memikirkan dari banyak sudut terhadap apa keputusan baginda. Jika berlaku pilihanraya sekali lagi di negeri Perak situasinya akan lebih hebat.... saya yakin kerajaaan PR akan menang... tetapi semasa proses kempen berlaku akan ada banyak insiden insiden yang akan berlaku... dan saya amat yakin baginda Sultan Perak telah membaca semua itu

Mungkin bagi saya itu tidak adil.... tetapi mahu tidak mahu perlulah kita memujuk diri sendiri supaya hati kita akan sentiasa tenang... ALLAH akan sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Kita mungkin tak mampu untuk mengangkat senjata dan melawan... dan saya juga mungkin tidak dapat bersuara untuk seluruh negara mendengarnya... yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa kepada ALLAH supaya suatu hari nanti kebenaran akan terdedah dan pihak yang berkenaan malu dengan apa yang telah mereka lakukan...

Sesungguhnya apa yang berlaku pada hari ini tidak akan berakhir di sini.... apa yang berlaku sekarang biarlah menjadi pengajaran kepada semua pemimpin yang lain supaya mereka berhati-hati dengan pemilihan orang-orang yang dijangka boleh memimpin.... dan orang no 2 Malaysia juga telah membuktikan bahawa sejarah telah berulang.... sekiranya kerajaan Perak tidak dibubar dalam waktu terdekat ini... kita sama-sama tunggu apa yang akan berlaku pada pilihanraya ke 13 nanti... dan saya yakin pada masa itu rakyat Perak akan lebih matang dan lebih membuka mata kepada siapa mereka perlu pangkahkan undi mereka....

saya juga berharap Dato' Sri Nizar selepas ini akan berbakti semula kepada negeri Perak kerana saya amat mengkagumi pentadbiran yang dibawa oleh Dato' dan saya amat mengkagumi karisma yang ada dalam diri Dato'.....

SEDIH tetap SEDIH, LAWAN tetap LAWAN

No comments: