Thursday, November 25, 2010

Entri yang tertangguh

Salam

terlampau banyak cerita yang ingin diceritakan.... layanzzzz

CERITA 1

Masa SGM hari tu... cerita tentang Growth Spurt... aper itu Growth Spurt ini adalah gejala sewaktu peralihan bulan... dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja pada bayi.

Tanda-tanda growth spurt
1. Demam
2. meragam
3. biasa ok tiba-tiba x ok
4. malam tido lena, tiba-tiba x nak tido pulak
5. pendek kata baby kadang2 berubah 360 deg

nampak macam tak der apa2 pun topik ni kan, tapi sebab growth spurt ni la ramai ibu-ibu yang stop breastfeeding sebab ingat anak dah tak mau minum susu ibu.... bila bagi direct feeding dia macam tak kenyang.. mmg ada baby yang selera menyusunya pun akan berubah... tiba-tiba minum dengan banyak, ada pulak yang tak nak menyusu

tapi jangan risau ibu-ibu... itu semua adalah normal. macamana nak mengatasi, saya hanya boleh katakan layan jer la anak tu... sama macam yang saya buat... but please....don't stop bf, don't mix feeding... biasalah anak-anak ada masa dia berubah, even baby yang minum fm pun akan mengalami situasi yang sama, tu yang tetiba jer kena tukar susu...

sekali lagi diulangi... semua yang berlaku adalah normal... jangan takut, jangan gusar... baby anda akan back to normal again.

CERITA 2

Ada seorang kawan yang saya kenal melalui SGM yang every month selalu jumpa... orangnya tinggal di Taiping anak dah 5 orang saya rasa... but for the last one ni jer yang dia fully bf... but its ok, people learn from mistake... even me...

Mereka (dia dan suami) adalah parents yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pastikan baby diberi susu ibu sepenuhnya saya sangat salute kakak ni...

Baby berusia enam bulan ++ dan dah boleh diperkenalkan kepada solid food...

Alkisahnya, akak ni nak kena pergi kursus BTN di Pasir Salak, masalahnya kan ke dia fully bf anak dia, risau sangat stok tak cukup... so dia call macamana cara nak menambahkan stok... kalau saya pun risau, maunya tak... sebab perhubungan ngan SMS so tak banyak saya boleh nasihatkan dia.... apa yang saya boleh advice tambahkan pumping session... dan saya minta dia jumpa saya supaya boleh berbincang dengan lebih jelas lagi

Kan saya dah bagi tau dia sanggup buat apa sahaja untuk baby dia... dan dia sanggup ke Ipoh untuk jumpa saya, dia cari umah mak saya sampai jumpa, lagi pun dia on da way gi survey
tempat dia nak kursus nak tgk kot-kot ada bilik kosong untuk booking dalam tempoh kursus sebab suami dia sanggup jaga anak dia... (kan saya cakap parents ni sanggup berkorban untuk anak diaorang)

Sembang-sembang saya advicekan dia supaya pump sebelah dan feeding sebelah untuk setiap session feeding anak dia... dapat sikit pun tak per... boleh mix kan. dan lagi kalau dah alang-alang husband dia sanggup follow gi kursus minta la pada urusetia tu malam-malam gi balik bilik or hotel lain or homestay yang diaorang dah sewa. InsyaAllah Allah akan permudahkan semua urusan kita.. jika kita ikhlas.

Dan alhamdulillah setakat semalam semuanya berjalan lancar, hari ni akak tu akan bertolak ke Pasir Salak, semoga semuanya berjalan lancar.... (saya pulak yang berdebar)

CERITA 3

Ramai orang yang risau baby yang baru lahir tak cukup minum susu, sebab susu ibu masih "belum ada", baby selalu menangis sebab masih lapar walaupun dah diberi susu, baby tidor sekejap dan kerap bangun untuk menyusu... IT IS NORMAL ibu-ibu...
  • Bayi yang baru lahir hanya memerlukan 1 sudu kecil susu untuk setiap penyusuan
  • Hari ke 2 lebih kurang 2 sudu kecil susu untuk setiap penyusuan
  • Hari ke 3 hampir 1 oz untuk setiap penyusuan
  • Hari ke 4 hampir 1.5 oz untuk setiap penyusuan
  • Hari ke 5 hampir 2 oz untuk setiap penyusuan
Bayi yang minum susu ibu adalah "breastfeed on-demand" bila-bila masa sahaja dia nak kita bagi.. walaubagaimanapun bayi yang baru lahir perlu sekurang-kurang menyusu 2 jam sekali, jika bayi kerap tidur dan tidak bangun untuk disusukan perlu dikejutkan untuk bangun menyusu... kerana dikuatiri terkena jaundis

FAQ

Kenapa jumlahnya terlalu sedikit?
Sebab, perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar biji guli yang kita main congkak tu... sebab tu la jumlah nak isi pun tak payah banyak banyak.

Kenapa bayi kerap bangun dan kerap menyusu?
Sebab, bayi yang minum susu ibunya (SAHAJA tak mix I mean) susu yang diminum cepat hadam untuk membuang sisa sisa mekonium yang tertinggal dalam perut bayi dengan lebih cepat, so kerap buang kerap la lapar

Kenapa susu ibu masih belum ada masa bayi baru dilahirkan?
Susu ibu ada sebenarnya, cuma pada tempoh seminggu pertama susu adalah sangat pekat dan berwarna kuning yang di panggil Kolostrum sebab tu la nampak macam tak der... jangan risau sebenarnya bila baby hisap kolostrum tu keluar. Sebab tu la nampak macam tak der sebab kolostrum ni sangat likat dan berwarna kuning

Kenapa bayi kadang-kadang dah kenyang pun menangis?
Bayi yang menangis tidak semestinya ingin minum susu, mungkin dia tak selesa... ye la kan sebelum ni dok dalam perut gelap jer, suhu pun maintain jer... ni dah keluar cerah la plak, kadang sejuk... so peluklah selalu bayi anda, dan tidurlah di sisinya supaya baby rasa haba badan ibu yang dia dah rasa sebelum ni. Dah lama sikit nanti ibu akan faham bunyi baby nangis sebab lapar atau sebab tak selesa atau sebab sakit...


So ibu-ibu inilah sahaja celoteh untuk malam ni... eh dah pagi rupanya... kalau ada ibu-ibu yang masih musykil... feel free to call me... or carilah PC atau LC yang berdekatan anda.. semua PC dan LC yang ada disekitar anda gunakanlah mereka sepenuhnya sebab mereka sangat ingin membantu



1 comment:

mamaqaireen said...

betul tu..Qaireen pun baru mengalami growth spurt last week..ialah 1st time mkn bubur nasi & minum air masak, dia mestilah x selesa..asyik meragam n x nk bf,pas tu nk b'dukung je..so t'paksalah bg ebm, tp skrg dia dh ok..n kuat mkn ;))