Friday, November 5, 2010

Banjir di Kedah

Salam,

Kedah banjir... kali ni nampak teruk keadaan banjir di Kedah, adik saya ada seorang di Kedah. Tapi alhamdulillah rumah dia tak kena banjir.

Apa perlu ibu-ibu buat semasa banjir ni.... bagi ibu-ibu yang menyusukan anak teruskan penyusuan anda.. saat ini adalah saat yang kritikal yang sebenarnya mewajibkan anda menyusukan anak kerana susu ibu tidak perlu dibancuh, dan kita tak pasti air yang digunakan untuk membancuh susu itu bersih atau tidak.... walaupun susu dibancuh dengan air yang sudah dimasak. Kita perlu ingat air yang sudah dimasak bukan kita gunakan air yang mendidih tu buat susu... pasti ibu akan mencampurkan dengan air sejuk untuk memberikan susu suam kepada anak.. dan ini dikuatiri telah dicemari...

So as a conclusion paling selamat adalah susu ibu jer kan... suhu terjamin, kebersihan terjamin sebab duduk dalam badan ibu, takkan basi dan terbukti anti bakteria lagi... (macam iklan sabun pencuci la plak)....

Pada masa inilah kesempatan kepada ibu-ibu yang mix feeding untuk stimulate susu supaya lebih banyak.. sebab anak diberi susu ibunya sahaja.... Kepada ibu-ibu yang mix feeding saya nasihatkan jangan mix buat masa ni... direct feeding je baby... Biarlah dia nak bergayut selama mana pun... bukan ibu nak kemas rumah kan (terutama kepada ibu-ibu yang tinggal di pusat pemindahan sementara). Lebih mudah rasanya.... tak payah sibuk nak simpan air dalam flask... beratur nak gi ambik air panas... ye la kan nak simpan air panas dalam flask mesti nak yang baru mendidih kan...masa tu ramai juga orang nak buat macam tu... (pada firasat saya la)

Semoga ibu-ibu di utara tanah air tabah mengharungi hari-hari yang mendatang...

P/S: Saya sangat pasti entri ini tak dapat dibaca oleh ibu-ibu di pusat pemindahan... Saya tujukan buat sukarelawan, atau sesiapa sahaja yang mengenali mereka... kot ada saudara mara yang terlibat yang dihubungi melalui telefon... sampaikanlah kepada mereka supaya mereka boleh sampaikan kepada orang lain di sana....

No comments: