Friday, October 15, 2010

Mode: Gembira

Salam,

Sambungan dari entry yang sebelumnya... Saya berasa sangat gembira sebab rakan saya menelefon saya semalam semasa dalam meeting.... menitis air mata saya, meremang bulu roma saya kerana dia cakap malam tadi baju dia basah, susu keluar, jadi dia dah yakin bahawa dia ada susu dan cukup untuk anak dia. Cuma anak dia ada jaundis dan nurse yang melawat dan saya juga menasihati dia supaya meneruskan bf.... semoga dia tabah.. InsyaAllah

Alhamdulillah.... rupa-rupanya bukan saya saja berperasaan begitu, ada sorang lagi rakan saya yang fully bf pun berperasaan sama bila saya bercerita pada dia...

Rakan yang berkongsi nama dengan saya ni banyak membantu saya menyebarkan kebaikan susu ibu kepada ibu-ibu yang sedang mengandung dan menyusukan anak di sekolah... dialah tulang belakang saya dalam menjayakan kempen penyusuan susu ibu di sekolah.

Mungkin jika kejadian ini berlaku bukan dalam kalangan sahabat dan ahli keluarga saya perasaan saya masih boleh dikawal... tetapi bila bersangkutan dengan org yang rapat dengan kita perasaan tu jadi lain...

Terima kasih kepada PC yang banyak membantu saya untuk memupuk sikap sabar....

3 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

gembiranya dengar....satu kejayaan juga utk awak, sebb berjaya meyakinkan dia:):)

suka-suka.....tumpang gembira:)

Lina said...

thanx faiza...

ZatulHijanahRamzi said...

Tahniah. teruskan usaha untuk beri moral support pada kawan tu. Good luck.