Wednesday, October 13, 2010

Terkilankah saya?

Salam, entri ni ditulis ketika mode sedih... :(

Saya ada seorang rakan yang baru melahirkan anak pada tarikh 10.10.10. Saya sangat berharap semoga dia dapat menyusukan anaknya sepenuhnya. Saya bercakap dengan dia ketika usia kandungannya masih beberapa bulan. Sebolehnya saya nak beri ilmu mengenai breastfeeding pada dia supaya dia tidak kekok. Memang saya cuba sedaya upaya saya memujuk, membelikan buku, bercerita setiap kali berjumpa, apa saja cara yang saya mampu saya usahakan. Tapi saya tidak terlalu menekan dia. Cuma saya bercakap mengenai kebaikan dan pengalaman yang pernah saya sendiri lalui

Mengapa saya bertindak sedemikian? walhal prinsip saya ialah "ibu mempunyai pilihan sendiri" Dia pernah melahirkan seorang anak sebaya umur dengan anak saya yang ketiga. Namun usia bayi tersebut tidak panjang hanya sempat bersama dia selama 2 bulan 2 minggu kalau tak silap saya. Bayi tersebut menghembuskan nafas terakhir di atas riba rakan saya ketika dalam perjalanan ke hospital.

Oleh kerana bayi tersebut meninggal dunia dalam perjalanan maka dia perlu dihantar ke hospital untuk mengetahui punca kematiannya. Selepas dijalankan bedah siasat rupa-rupanya bayi tersebut ada ulser sepanjang ususnya dan ulser yang besar di dalam perutnya. Pasti kalian tahu apa dalam fikiran saya. Tapi saya tak pernah meluahkan apa yang saya fikir kepada rakan saya. Bimbang dia terkilan. Bayi tersebut tak sempat merasa nikmat susu ibu, dia hanya minum susu formula dan air kosong yang banyak.

Oleh sebab itu apabila anak yang keduanya bakal lahir saya berpesan berkali-kali kepada dia "bagi tahu akak kalau hang dah sakit nak bersalin nanti" seboleh-bolehnya saya ingin berada di samping dia saat anak dia lahir dan dapat hulurkan anak dia untuk disusukan dan membantu sekiranya dia menghadapi masalah.

Tapi saya tak dapat maklumat awal, dan dia memberitahu saya selepas empat jam melahirkan dan ketika itu hari sudah menjelang larut malam. Perasaan saya, sangat sangat sangat terkilan. Dia pula melahirkan bayinya di hospital yang BUKAN rakan bayi... perasaan saya, sangat sangat sangat risau.

Keesokan paginya saya bergegas ke hospital untuk melihat keadaan rakan saya dan bayinya. Tepat seperti yang saya jangkakan, bayinya sudah disuakan dengan susu formula. Tapi reaksi saya pada waktu itu, TIADA. Saya hanya tersenyum dan meneruskan agenda saya. Alhamdulillah bayinya telah diberikan susu ibu. Tapi dia merasakan susunya sedikit dan tidak cukup.

Saya memberikan beberapa tips supaya dia tidak berasa risau, bagaimana untuk tahu bila bayi memerlukan susu, macamana nak tahu baby dapat susu yang cukup, macamana nak tahu baby nangis nak susu atau keperluan lain.

Apa yang saya sangat terkilan, dia tak rooming-in dengan baby dia, sedangkan bilik yang dia duduk tu seorang dan sangat besar dan selesa. Semasa di sekolah saya pesan berkali-kali kepada dia supaya dia cakap pada doktor yang incharge dia, dia nak fully breastfeedkan baby. Tapi dia tak buat.....

Tapi itu hak dia kan, itu bayi dia... Tapi saya tetap terkilan, kerana dia rakan saya dan dia pernah ada sejarah yang pahit sebelum ini.

Ya Allah ya Tuhan ku, Kau bukakanlah pintu hati sahabatku ini semoga dia menyusukan anaknya kerana nikmatMu itu adalah yang terbaik

6 comments:

mamanoa said...

Kadang-kadang kita da cuba melakukan yg terbaik, tp itu hak masing-masing samada nk ikut atau tidak..concept Peer Counselor kan lebih kepada mancadangkan dan bukan mengarahkan..

saya pun pnah alami keadaan yg sama,kita da puas merapati..membuktikan..mancadangkan..malah kita sanggup menghabiskan masa menceritakan segala apa yg kita tahu..semata-mata nk tanam semangat BF,tp bila bb da kua, mudah bg mereka untuk putus asa..pelbagai alasan...

skang ni..walau mereka(kawan @client)xberjaya fully BF, tp saya tetap bg semangat untuk teruskan BF walaupun sekali sehari..untuk membentuk bonding antara ibu dan anak...

memorisusuanku said...

kita biasanya sedaya upaya nak tolong tp kdg2 mereka bersifat dingin....pastinya kita yg berasa sedih/terkilan kan...

nadd said...

sabar la...mungkin kemudian dia akan kembali mencari lina...hanya Allah yg Maha kuasa

Lina said...

Salam, semalam dia dah call saya, alhamdulillah susu dia banyak. hampir menitis air mata saya dalam meeting, thanx to all PC yang bersama-sama saya anda semua banyak mengajar saya bersabar...

mamaqaireen said...

w/pun saya baru mempunyai seorng anak yg nk masuk 5 bln. saya tetap menggalakkan kawan2 saya yg baru nk jd ibu supaya menyusukan anak mereka.

Saya juga sedih sekiranya mereka memberi pelbagai alasan. Bukankah susuibu susu terbaik didunia!

Tapi..apakan daya??betul tak??

InsyaAllah esk saya akan ke Padang Polo. 1st time ni. Saya memang terlalu obses dgn bf. Boleh kita berkenalan :)

Lina said...

mamaqaireen, jom ke padang polo.... tambahkan kenalan dan jaringan...