Thursday, October 28, 2010

Menyusahkan ke?

Nampak macam susah ker? kena pam susu? bawa bag pam kemana-mana? ganggu masa tido ibu? Ibu x cukup rehat? uish bunyi macam susah kan? Tapi percayalah kesusahan yang anda lalui itu berbaloi.

Apa salahnya bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Tapi saya percaya semua ibu itu ikhlas, kerana mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Jika kita mampu melahirkan seorang anak, kita juga mampu menyusukannya, PERCAYALAH.

Saya dijemput oleh Staff nurse Nurhayati dari Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk memberi sedikit penerangan tentang MBFPC semasa Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital RPB Ipoh pada hari Isnin 25.10.10 yang lepas. Ramai ibu-ibu yang di luar sana menyokong penyusuan susu ibu, buktinya ramai yang menghadirkan diri ke kursus tersebut. Jumlah yang hadir adalah melebihi target pihak hospital.

Walaupun tiada seorang pun di dalam kursus tersebut yang berpengalaman menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan, dan fully selepas itu tapi mereka tetap menyokong penyusuan susu ibu.. dan saya percaya ibu-ibu di dalam kursus tu akan tekad menjayakan penyusuan anak-anak mereka yang bakal lahir selepas ke kursus tersebut. Ada juga anak-anak dara yang menghadirkan diri, bagus sebagai persediaan selepas mereka mempunyai anak kelak.

Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan saya yang akan melahirkan, jika mempunyai masalah dalam penyusuan boleh telefon saya bila-bila, atau sekiranya perlu saya akan ke rumah mereka bila-bila mereka perlu kan. Saya benar-benar memaksudkan apa yang saya cakap, saya ikhlas ingin membantu mereka menjayakan penyusuan susu ibu, tidak terniat di hati saya ingin menyusahkan mereka, menyuruh mereka mengepam susu, menyusukan anak dalam tempoh yang lama sehingga sakit badan, saya tidak untung apa-apa kerana saya tidak menjual susu, saya tidak mengenakan bayaran kepada khidmat saya, bukan anak saya yang mereka susukan, saya tiada agenda tersembunyi, SAYA HANYA INGIN MEMBANTU.

Maaf kepada kawan-kawan saya yang merasakan saya menyusahkan anda. Pilihan di tangan anda, pilihlah yang terbaik untuk anda dan anak anda.

Kepada kawan-kawan yang berjaya menyusukan anak secara ekslusif dan fully saya berasa gembira untuk anda... kerana anda telah memilih yang terbaik untuk anda dan anak anda

2 comments:

Sha said...

Alhamdulillah... Azeem dah selesai ebf selama 6 bulan... skrg ni dah start makan dan insya Allah akan terus bf sampai dia nak berenti nanti...

Naurah Napiha said...

salam...saya brminat tentang breasfeeding ni sejak melahirkan Fakhrul lagi..tapi sayang untuk hari pertama saya sudah campurkan susu saya dengan susu formula..Pada mula nya saya xade rsa ape2..tapi bile dah menginjak 4 bulan,saya rasa menyesal. Kenapa la dari dulu saya x menyusukn scra fully..masalah saya sekarang kerana susu yg sedikit. Saya xdapt menyusukan Fakhrul secara fully ats sbb tiada susu yg mencukupi..saya cube mndapatkn pendapat ramai kawan2..serta cuba untuk memperbanyakkan susu ibu..tapi keputusan yg saya dapat sgt menyedihkan..smpai sekrang saya masih xdapat buat stok susu..