Wednesday, August 4, 2010

Persediaan Breastfeeding Bulan Pose

Salam,

Mengapa ibu-ibu yang fully breastfeed sangat-sangat menitikkan persediaan untuk bulan puasa?

Rata-rata ibu-ibu yang menyusukan susu ibu akan membakar sebanyak 500 kalori sehari. Jadi biasanya juga mereka akan minum air yang banyak untuk memastikan penghasilan susu maintain dan baby mendapat susu yang cukup. Kalau ibu-ibu yang direct feeding biasanya tak terlalu risau sangat. ye la kan kalau pump kita nampak berapa banyak susu yang dihasilkan, tapi kalau direct tak nampak.. hehehe psikologi jer sumer tu.

So bulan pose kita akan berpuasa selama 14 jam (huh lama tu) tanpa makanan dan minuman. Tapi jangan risau ibu-ibu penghasilan susu tidaklah bergantung sepenuhnya dari apa yang kita makan. Tapi daripada hormon prolaktin yang dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi don't stop pumping!! (cam marah jerkan... tapi penting nih) kerana dari mengepam anda akan mengosongkan payudara (masa ni la hormon prolaktin tu dihasilkan) dan hormon oksitosin yang berfungsi untuk merembeskan susu akan terhasil dari proses mengepam tadi.

Cam susah jer nak bekerja ngan hormon tu kan, sila abaikan nama-nama hormon tersebut,

kerana selagi anda mengepam, makan makanan yang berkhasiat sewaktu berbuka dan bersahur, banyakkan minum air, makan kurma banyak-banyak (sunnah nabi kan) kerana kurma banyak khasiatnyer.

InsyaAllah anda akan berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan jayanya dan proses breastfeeding akan berjalan dengan lancar...

Antara khasiat kurma:

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1.Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2.Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

4.Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

5.Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

6.Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

7.Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Sumber: Google

PSST..

Sejak akhir-akhir ni saya cuba makan kurma dengan kerapnya pada waktu malam, hasilnya penghasilan susu saya amat menggalakkan kerana dalam masa saya direct feeding hakimah in between tu saya pumping saya masih mampu menghasilkan susu 5oz... berbanding sebelum ni paling banyak pun 3oz jer...

Sajer nak train pumping malam dengan kerap supaya saya tidak terlalu bergantung sesi pumping siang untuk ebm hakimah. Takut la merudum pulak production susu kalau tak minum.

5 comments:

nurbijen said...

tq kak, entry yg cukup membantu... kena makan kurama byk sikit la lepas ni :)

Dayah @ Real Ummu said...

sharing is caring..thx Lina

Lina said...

Sesama... semoga kita semua berjaya mengharunginya.... seronok tgk baby breastfeed yang sihat.. dan ibu-ibu yang seronok bf anak mereka

Anonymous said...

salamsss mama,penaik semangat :)

Sha said...

lina, k.sha pun dah try makan kurma... Alhamdulillah susu makin byk... pg smlm meeting ngan bos2 lama sgt... tak sempat nak lari pi pam... bengkak susu la pulak... sakit giler... tu yg terlena tu...