Thursday, August 12, 2010

1 Ramadhan

Salam,

InsyaAllah saya akan update blog setiap hari pada bulan Ramadhan untuk menilai apa jadi pada production susu saya pada setiap hari.... Semalam pam susu di sekolah alhamdulillah dapatlah 3 oz walaupun selalunya dapat 5oz...

Tapi kenapa susu saya sikit yer... sebab itulah anda digalakkan meminum air yang kerap dan mencukupi pada malam hari.... Saya tersedar pada waktu sahur dan baru teringat alamak malam tadi aku tertidur awal dan kurang minum air... So hari ni saya dah bersedia....

Tapi alhamdulillah walaupun saya masih direct feeding dan mengepam tenaga saya masih maintain... dan ini saya pasti dari kekerapan memakan buah kurma...

Tapi jika anda mengalami masalah di atas sila kerapkan sesi mengepam dan anda pasti dapat menampung jumlah susu yang kurang itu.... Saya tak boleh kerap sangat mengepam di sekolah kerana kekangan masa dan waktu terkejar-kejar ke kelas...

Hari ini saya ada appoinment dengan seorang ibu yang bakal melahirkan anaknya yang ke-7 lebih kurang 3 minggu lagi yang berniat untuk menyusukan anaknya secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu selepas itu....

Ibu yang saya sebut di atas ini berminat untuk menyusukan anaknya selepas saya menceritakan kebaikan kolostrum kepada bayi. 6 orang anaknya sebelum ini tidak merasa kolostrum kerana dia membuang semua kolostrum tersebut kerana percaya bahawa itu adalah susu basi...

Kawan-kawan ibu ini tidak bersalah ini kerana dia tidak mendapat info yang cukup dan ilmu yang tidak jelas tentang penyusuan susu ibu... Cuba anda fikirkan berapa ramai di luar sana menghadapi peristiwa seperti ini dan saya menyeru semua PC-PC di seluruh Malaysia bantulah mereka yang memerlukan... kerana mereka amat memerlukan bantuan kita semua

4 comments:

mrsboan said...

bulan puasa thn lalu..saya amalkan air kurma utk bykkan susu..saya blend je kurma tu campur air.sedap mcm air tebu pon ada.kalo nak sedap lg ice blended la..semalam berbuka pon buat sbb ada byk kurma org bagi..hehe

memorisusuanku said...

Selamat berpuasa lina:)

Alahai sedihnya entry lina baca pasal ibu anak 6, buang kolestrum yg disangka basi....betul2 menyentuh jiwa saya...:(

Sha said...

lina, smlm masa balik kerja dengar radio IKIM, diorg tgh buat promo produk GTC, green tea dicampur dgn kolestrum lembu... kalau kolestrum lembu pun diorg kata sgt bagus, maknanya kolestrum kita ni lg la bagus utk anak2 kita kan... jadi marilah kita menggalakkan kawan2 kita menyusukan bayi2 mereka... :D

Lina said...

sian anak lembu tak dapat minum kolostrum ibunya... sebab manusia dok sibuk ambik kolostrum ibu dia...