Saturday, July 31, 2010

Update Meeting

Salam all,

Selamat bermeeting di hospital bersama Nora kebetulan Nora tanya, ok juga kalau ada kawan daripada pergi sorang, so far breastfeeding week punya sambutan akan diadakan pada 6.8.2010 dan saya rasa boleh ambil cuti pada tarikh tu untuk attend sambutan di hospital, rupa-rupanya tak dapat rasanya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pn. Ainal PK Petang sekolah saya akan bertuka ke SMK Dato' Mohd Said Manjoi, Ipoh. Itu adalah hari terakhir dia berada di sekolah itu, lepas ni tak tahu bile lagi nak jumpa, she such a very good boss to me, tak pasti yang ganti dia nanti macamana kan...

so sangat rasa bersalah bila saya tak der di sekolah pada hari tersebut. Saya pun dah beritahu pada dia pasal event pada tarikh itu, tapi dia pun macam berat nak izinkan saya keluar hari tersebut, so kemungkinan besar saya takkan ada pada event tersebut.

Hasil dari meeting bukanlah kami bincang tentang event tu sangat cuma kami sangat ingin tahu macamana Hospital mempraktikkan Hospital Rakan Bayi dan assessment yang mereka buat, kalau ikutkan pengalaman saya bersalin di Hospital tersebut, mengikut pandangan saya sebagai seorang ibu, sokongan hanya terhad di Hospital sahaja kerana tiada sokongan dan ilmu yang cukup untuk saya menjaya penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan sekurang-kurangnya.

Mengikut pemerhatian saya masih banyak kekurangan dalam pengurusan staff untuk menjayakan kempen penyusuan susu ibu secara eksklusif ini. Kalau difikirkan tak tahu nak mula dari mana... tapi saya pasti akan ke sana semula untuk memberikan sokongan kepada pihak hospital menjayakan kempen ini, by hook or by crook saya akan cuba.

Bagi saya ibu yang sudah beranak 3 dan anak-anak saya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dalam penyusuan susu ibu merasakan bahawa penyusuan susu ibu ini SANGAT SANGAT SANGAT penting kepada bayi untuk kehidupan yang sihat dan ceria di masa kanak-kanak, remaja dan dewasa.

2 comments:

Dayah said...

kkdg perlu ada sessi bertukar2 pandangan degn org luar mcm kita ni..bagus jugak hospital tu mau panggil LIna dan org lain..

nadd said...

itu sebabnya sangat important untuk strengthened kumpulan sokongan susu ibu di luar hospital