Monday, July 5, 2010

Mengapa Cloth Diapers...






Salam all.. entry ni tentang Cloth Diapers..

Mengapa saya sibuk-sibuk pakai CD kalau CD tu sebenarnya menyusahkan.. Saya kalau cerita bab CD ni over excited. Bukan sebab saya penjual CD. Sebelum saya jadi penjual CD pun saya tetap excited cerita pasal CD.

Antara reason saya pakaikan CD kepada anak saya

1. Dapat free. Masa mula tu mak saya yang belikan sebanyak 3 pcs. So mak dah bagi, pakai jer la bukan rugi pun tak der saper nak kutip duit pun kalau saya pakai hehehe. Takut juga nak tukar kepada CD sebab anak saya terlalu banyak ruam.

2. Selepas seminggu menukar kepada CD ruam anak saya pun hilang. Rasa cam magik jer, takut ruam terlebih pakai CD alih-alih ruam plak hilang. Saya sangat seronok.. kalau anda macamana??

3. Saya rasa ia sangat menjimatkan sebab saya dah tak perlu mencari-cari katalog tesco untuk survey harga DD jenama apa yang murah. Sedangkan saya sangat tahu anak saya hanya boleh pakai Mami poko dan Huggies saja due to rashes yang sangat teruk.

4. Health issue. Selepas beberapa guna baru saya tahu ada health issue tentang DD. Lagilah menguatkan reason untuk saya bertukar sepenuhnya kepada CD.

5. Sangat comel pada baby saya sebab dia adalah seorang yang kuat berpeluh so tak suka pakaikan baju pada dia. So bila pakai CD tak perlu lagi pakai seluar kan... sebab CD ada berbagai-bagai warna dan corak. Lagipun baby saya girl bila pakai skirt or gown tak payah pening nak pakaikan panty.

Atas sebab-sebab di atas saya ingin share dengan ramai orang di sekeliling saya, adik beradik, saudara mara, sahabat handai tentang kelebihan berCD. Ramai orang rasa susah nak basuh CD. Remeh kena basuh.. Kenapa sibuk2 nak basuh kalau ada yang pakai buang. Emmm sebenarnya tepuk dada tanya diri sendiri.

Saya rasa sangat sangat bertanggungjawab kepada alam sekitar kerana DD yang anak-anak kita gunakan boleh merosakkan alam sekitar kerana mengambil masa yang lama untuk diuraikan. Sedangkan bumi ini suatu masa nanti mereka yang akan warisi.

Saya rasa sangat sangat bertanggungjawab kepada anak saya kerana risiko penyerapan dioksin akan mungkin suatu hari nanti menyebabkan mereka menhidapi kanser.. (siapa nak jaga ibu bapa kalau anak-anak pun sakit sama) Memang kesannya kita tidak nampak seperti tangan terkena air panas dan melecur. Tapi statistik yang ada pada hari ini telah menunjukkan kesannya di mana 80% wanita terdedah kepada risiko kanser serviks. Saya sangat takut.. Anda?? Di sekolah saya seorang pelajar perempuan baru berusia 16thn telah disahkan menghidap kanser rahim dan ketumbuhan itu amat besar di dalam rahimnya. Bolehkah anda bayangkan diusia semuda itu?? Apa agaknya perasaan ibu bapa pelajar terbabit?? dan apa pula perasaan pelajar terbabit??

Saya menulis di sini bukan kerana saya ingin melariskan penjualan CD bagi pihak saya.. Belilah di mana-mana yang anda ingin beli.. saya bercakap dari sudut seorang ibu... Anak kita adalah di bawah tanggungjawab kita...

3 comments:

mrsboan said...

hasrat nak menCDkan anak2 belum kesampaian...bestnya...rasa bersalah setiap kali membuang DD ke tong sampah...go go GREEN

izzahazfar said...

kak...copy gambor ye....zah pun tengah cari idea pasal cd ni...

Lina said...

Di persilakan Zah.. Sharing is caring..