Friday, July 9, 2010

Susu Merudum

Salam hari Jumaat..

Sebagai seorang fully bf mum saya mesti memastikan bekalan ebm cukup untuk anak saya bekalan ke rumah pengasuh. Sebelum ni saya memang tak mempunyai masalah dengan bekalan ebm, namun untuk beberapa minggu kebelakangan ini, dengan jadual yang padat kesibukan yang teramat bekalan susu saya merudum.
Ini adalah akibat dari skip pumping session. Memandangkan bulan puasa semakin hampir saya perlu berusaha untuk memastikan ebm saya cukup kerana risau sekiranya hasil perahan semasa bulan puasa akan kurang.
Saya amat berharap anak ketiga ini dapat fully bf selama 2 tahun, masih ada 1 tahun 1 bulan untuk di lalui. Sebagai seorang MBFPC sepatutnya saya tahu dan berusaha untuk menghadapi situasi ini. Sekarang saya masih berusaha. Berikut adalah usaha-usaha yang sedang saya jalankan;

1. Memperbanyakkan sesi mengepam 2-3 jam sekali.
2. Memperbanyyakan sesi direct feeding (hakimah tak minta pun sua juga hehehe)
3. Cuba minum atau makan makanan yang dikatakan dapat menggalakkan penghasilan susu (jangan salah faham yer, makanan dan minuman yang di makan bukan menghasilkan susu ia hanya sebagai penggalak untuk memperbanyakkan susu)

Setakat ini alhamdulillah usaha ini mendatangkan hasil. Sekiranya anda yang fully bf baby anda menghadapi masalah yang sama janganlah cepat putus asa dan jangan ambil jalan singkat dengan memberikan anak kita FM. Kerana sekali anda terlajak jalan bimbang tiada jalan mudah untuk berpatah balik. InsyaAllah jika kita berusaha Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambanya.

Sesungguhnya SUSU IBU adalah yang terbaik untuk anak-anak kita ;)

1 comment:

mrsboan said...

ermm saya tak sempat cukup kan 4 bln utk mencapai 2thn utk anak ke 3...huhu...thn lps byk nak berkongsi cerita psl bf tp sibuk sgt berkursus...