Saturday, June 12, 2010

Salam di hari Sabtu...

Demam World Cup dah melanda.. rumah anda macamana.. rumah saya terkena sikit la tempias World Cup. ok abaikan World Cup sekarang cerita lain plak... Anak Lina yang kecik sekarang ni dah hampir 11 bulan dan alhamdulillah masih lagi fully bf. Tapi masalahnya dia ni kecik sangat bila timbang jer mesti tak capai berat baby yang seusia dia. Tapi Lina tak kisah kalau nak kata tak makan dia makan kuat apa jer tak masuk dalam mulut... batu ngan kayu pun dia ngap..
hehehe.


ni gambar-gambar Hakimah masa di Hospital

Hakimah adalah seorang baby yang sangat aktif. Jarang sakit. Demam cepat baik. Kalau batuk atau selsema cepat baik dan juga kerap membuang air besar. Dia juga adalah seorang yang kuat berpeluh. agaknya sebab itu kot Hakimah kecik or lebih tepat lagi 'petit baby'.

Lina sangat bersyukur kerana dibukakan pintu hati oleh Allah supaya bf anak-anak Lina, walaupun anak yang sulung tak sempat merasa lama penyusuan susu ibu... tapi kerana dia la yang menyebabkan hati Lina terbuka untuk menyusukan anak-anak yang seterusnya. Jika masa boleh diundur semula... tapi tak boleh kan...

No comments: