Sunday, June 13, 2010

Review Cloth Pad



Salam all, kat sini nak share tentang Cloth Pad... Cloth Diapers kepada anak-anak... dan kepada mak-mak kita bercloth pad la pulak yer.



Mengikut kajian selama hidup seorang wanita daripada dia mula period iaitu datang bulan sehingga menopaus wanita tersebut akan memakai sekurang-kurangnya 15,000 keping pad. Bayangkan berapa banyak pad yang telah digunakan dan berapa banyak sampah yang telah kita hasilkan.



Kajian juga menunjukkan bahawa pad yang berada di pasaran pada hari ini ialah pad yang diperbuat daripada kertas kitar semula. Cuba anda semua bayangkan kertas kitar semula itu kan ker kotor dan berwarna-warni tapi pad yang kita pakai putih bersih jer kan... Ok macamana nak jadikan dia putih perlulah di bleachkan... macam pakaian putih yang terkena kotoran.... kita gunakan klorox untuk bleachkan dia menjadi putih semula.

Menurut kajian juga proses bleach tersebut memang membunuh semua bakteria yang ada tetapi masalahnya dia meninggalkan sejenis bahan kimia yang dipanggil dioksin. Dioksin adalah kesan sampingan proses pelunturan berklorin yang digunakan di dalam tampon, tuala wanita, pantiliner dan lampin pakai buang. Kesan ketoksidan DIOKSIN adalah amat kuat iaitu 900 kali ganda berbanding Arsenik dan ia juga digelar Toksin Yang Paling Kuat pada zaman ini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) KELAS PERTAMA kepada manusia.


Lina mula guna pad masa umur mencapai 12 tahun... tapi lepas tu stop kejap 5 tahun.. mesti semua orang tertanya-tanya kenapa stop kan... sebabnya masuk asrama.. di asrama kami tidak dibenarkan sama sekali pakai pad pakai buang. Satu kesalahan besar kalau ada pad kat sekolah. Kalau terbawa kena bagi warden simpan sebelum balik kampung berikutnya. Rupanya ada hikmah disebaliknya....

Kita memang x rasa pad pakai buang tu amat berbahaya kepada kita sebab kesannya bukan berlaku seperti tertumpahnya air panas ke atas badan kita dan kita terus rasa sakit tapi kesannya memakan masa. Tipu la kalau membaca info tu tak membuatkan Lina rasa takut... Takut tu kesihatan bukan boleh dijual beli...

so sekarang ni memang Lina totally nak tukar dan guna kain semula... kalau sekolah dulu kitaorang guna tuala jer lipat-lipat dan pakai.. hehe.. sekarang dah lebih moden.. x risau bocor lagi sebab dah ada pad yang dijahit dengan kain PUL supaya tidak bocor. Pad juga macam CD ada AIO, poket pad... dan kalau pada Lina, Lina lebih prefer Poket pad sebab lebih mudah dicuci dan cepat kering.

Tak susah nak basuh pad...

1. Buangkan kotoran yang ada di bawah air lalu
2. Kotoran yang tertinggal tu sila ambil sabun mandi dah gonyohkan sedikit tak perlu berus kerana ia akan menyebabkan pad anda rosak.
3. Rendamkan sebentar pad tersebut dengan sabun mandi
4. Selepas beberapa jam, pad anda akan bersih semula

tak percaya??? saya telah mencubanya pasti anda juga boleh....

nota: info di atas tidak berniat untuk menakutkan sesiapa, tetapi sebagai kesedaran kepada diri saya sendiri juga kebaikan untuk anda semua...

1 comment:

NikNadim said...

saya pun dh mula guna cloth pads!kepuasan yg sama seperti menclothdiaperskan anak :-D