Sunday, December 6, 2009

Entry yang tertangguh hampir setahun

Entry yang tertangguh hampir setahun.... baby ni adalah new baby Lina... Namanya Audadi Hakimah agaknya semasa mengandungkan dia nak tulis blog pun tak der mood... tapi sekarang I have new mood, new baby n new story to tell all about...

Banyak kisah baru yang boleh dikongsi bersama.. Hakimah sekarang dah 4 bulan lebih... masih menyusu ibu sepenuhnya tanpa di campur dengan FM. Kenapa Lina tak susukan Hakimah dengan FM (Formula Milk) I learn from mistake before. Ajim susunya campur dan berhenti menyusu ibu semasa umurnya baru 6 bulan.. Pengetahuan tentang penyusuan susu ibu pada masa itu masih kurang tapi banyak cabarannya membesarkan Ajim. Setiap minggu kami adalah pengunjung tetap Klinik.. sebabnya Ajim allergy yang teruk.. doktor suruh tukar kepada susu soya tapi keadaan dia masih macam tu. until now ajim tetap allergy dan asma sesekali sesekala.

Lepas melahirkan anak yang kedua Audadi Humaira. Lina belajar dari kesilapan yang pertama dan berjaya menyusukan Dadi secara eksklusif selama 6 bulan. Lina ingat lepas tu kena campurkan susu kepada bayi dengan FM sebab taku baby tak cukup susu tapi masih juga meneruskan susu ibu selama 1 tahun lebih dan berhenti selepas itu kerana tak tahu yang ibu mengandung juga boleh menyusukan anaknya... tapi alhamdulillah tahap kesihatan dadi baik mungkin sebab dia cukup mendapat antibodi dari susu ibunya... dan selepas membaca tentang tandem nursing dari majalah PA&MA yang di tulis oleh sue dan farah Lina berjaya menyusukan dadi semula bersama-sama adiknya

Dan melahirkan anak yang ketiga membuatkan Lina bersedia dan nekad untuk menyusukan hakimah seboleh-bolehnya sehingga 2 tahun. Dan lagi satu perubahan yang berlaku ialah Hakimah telah dipakaikan dengan CD (Cloth diapers) dan mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia yang berbahaya terkandung di dalam DD (Disposable Diapers)

Alhamdulillah tahap kesihatan Hakimah amat memberangsangkan dan ibu tak pernah pergi Klinik disebabkan Hakimah demam, selsema atau batuk... Sebab bila Hakimah selsema akan cepat baik sebab Kimah susu ibu... Sehingga hari ini ibu masih pam susu untuk buat stok EBM (Expressed Breast Milk) sebab mana la tahu ibukena pergi kursus ke Kimah takkan terputus bekalan...

No comments: