Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Update terlewat


Salam,

Hehehe... (kenapa Lina gelak sendiri) hmm sebelum ni ada hati nak update hari-hari nak tgk producing ebm untuk Ramadhan, pastu baru dapat 2 hari pose cik P datang menjelma... so ebm cam biasa jer... kat sekolah pun boleh curi-curi makan dan minum hehehe....

Hari ni bawa Hakimah gi cucuk setahun, timbang badan, 7.1kg ok lah nurse tu cakap ok la akak berat dia dah nak masuk putih dah... (sebelum ni kuning) yer la tapi nurse tak boleh expect kalau sebelum-sebelum ni dalam line kuning.... checkp boleh terus masuk line putih ye tak, as long as berat dia naik ok la kan (menyedapkan hati sendiri) sebenarnya dilema yang macam ni lah yang dihadapi oleh baby susu ibu.... Tapi puan-puan di luar sana as long as anak kita sihat, aktif, perkembangan yang lainnya sama macam baby lain anak anda sihat jangan risau..

Itu cerita Hakimah, cerita Dadi pulak berat naik, tapi biasa la kan masih di dalam line kuning, hmmm makan banyak... tengah2 malam pun makan juga tapi membuang pun kerap juga nak buat cam ne kan.... Nurse tanya bagi susu aper, Lina bagi tau la bagi fresh milk (kadang-kadang je pun) ikut la apa je susu atau koko yang ada di rumah, nurse tanya kenapa x bagi fm kat Dadi, emmm Lina tak nak Dadi terlalu bergantung pada fm sebab bila ada fm kat umah ni Ajim n Dadi akan kurang makan dan banyak bergantung pada FM...

So Lina bagi tau pada nurse cam tu la... sebab Lina prefer kalau budak2 ni boleh makan variety of food, instead hanya bergantung pada susu, sebab pengalaman Ajim sebelum ni mmg macam tu pun, bila banyak minum FM dia reject food sebab dah kenyang minum susu... Tapi masih minum susu pagi dan malam jangan risau yer...

Esok insyaAllah puasa, dan update ebm di bulan puasa.. (kalau sempat pumping masa sekolah) 3 hari ni tak sempat nak pump waktu sekolah, sangat sangat bz (ibu-ibu di luar sana jangan ikut perangai saya yang suka skip pumping session) tidak baik untuk stok ebm anda....

Tuesday, June 22, 2010

Kisah Kuda Ajim dan Dadi


Kisah di pagi hari... pagi tak la pagi sangat dah pukul 11 pun... hehe... tak ingat la bila berlakunyan peristiwa ni ... saja nak keluarkan gambar yang diperam... Dadi dan Ajim naik kuda. Tak jalan pun kuda ni. menurut brader yang jaga kuda tu, kuda dah penat sebab lama sangat jalan dari pagi so kene rehat. Oleh sebab itu Dadi dan Ajim merasa naik berposing je ngan cik kuda. Sila abaikan gambo abang hensem yang enteprem tu hehehe




Ajim sebenarnya tak puas hati sebab kuda tu tak berjalan... dia dapat posing jer... dan sebenarnya Ajim takut ngan kuda tu. Dadi jer yang berani. Berani pulak pegang kaki kuda tu.. nasib baik tak kena tendang ngan kuda tu.

Tuesday, June 15, 2010

Cerita-ceriti Hakimah


Ini Hakimah... baby girl ibu yang asyik nak melekat jer kat Ibu.... agaknya sebab bila ibu dalam pantang duduk kat rumah berpantang sendiri... lauk dalam pantang di masak oleh suami tersayang.. makan jer la apa yang boleh dimakan anak dah masuk 3 orang takkan pantang pun x tau lagi kan... hehehehe.... x susah sangat nak berpantang sebab Lina bila dalam pantang memang x makan makanan yang x boleh di makan


Cuba tgk di entry sini Hakimah dan bumbo seaternyer... macam tak beso-beso jer dia kan.... Tapi apapun Hakimah tetap sihat dan makan dengan berseleranya... Hakimah masih baby ibu yang boleh duduk dalam bumbo seaternya... Hakimah akan genap setahun pada 25 Julai ini.. Tapi Hakimah belum boleh berjalan lagi...




Hakimah di awan biru.... Hakimah duduk di cermin Hotel Nikko masa di KL.... dari tingkat 7 jer pun. Budak comel ni memang kuat nangis kalau ditinggalkan ibu... kalau duduk celah ketiak ibu dia boleh senyum dan ketawa sepanjang hari..


LOVE U SO MUCH SAYANG BUCUKK IBU.... Lina suka bau anak-anak yang masam.... terutama bahagian tengkuk.... anda bagaimana???

Monday, June 14, 2010

Breastfed Baby will Breastfeed

Salam all...

Pernah dengar tak Breastfed baby will Breastfeed... ni buktinyer hehehehe.... walaupun anak patung jer... Dadi dah tahu kalau nak bagi susu kena bagi susu ibu.. kan Dadi kan... ni anak Lina yang no 2... Dia pun bf baby.... suka sangat main anak patung... anak katak ni pun di bfkan dia. Semoga akan lebih ramai generasi anak-anak kita nanti di berikan susu ibu... Kat sini Lina senaraikan kebaikan susu ibu kepada bayi ...

ini adalah perbezaan khasiat susuibu dan

Antaranya:

1. Makanan terbaik untuk bayi . Mengandungi kesemua zat-zat makanan yang penting untuk tumbesaran
2. Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak
3. Susu pertama (kolustrum) kaya dangan antibodi semulajadi yang penting untuk melindungi bayi daripada penyakit-penyakit berjangkit
4. Megurangkan risiko untuk mendapat kolik dan ketidakhadaman


Semoga Dadi membesar dengan sihat dan menjadi ibu yang menyusukan cucu-cucu ibu juga ye sayang...

Saturday, June 12, 2010

Salam di hari Sabtu...

Demam World Cup dah melanda.. rumah anda macamana.. rumah saya terkena sikit la tempias World Cup. ok abaikan World Cup sekarang cerita lain plak... Anak Lina yang kecik sekarang ni dah hampir 11 bulan dan alhamdulillah masih lagi fully bf. Tapi masalahnya dia ni kecik sangat bila timbang jer mesti tak capai berat baby yang seusia dia. Tapi Lina tak kisah kalau nak kata tak makan dia makan kuat apa jer tak masuk dalam mulut... batu ngan kayu pun dia ngap..
hehehe.


ni gambar-gambar Hakimah masa di Hospital

Hakimah adalah seorang baby yang sangat aktif. Jarang sakit. Demam cepat baik. Kalau batuk atau selsema cepat baik dan juga kerap membuang air besar. Dia juga adalah seorang yang kuat berpeluh. agaknya sebab itu kot Hakimah kecik or lebih tepat lagi 'petit baby'.

Lina sangat bersyukur kerana dibukakan pintu hati oleh Allah supaya bf anak-anak Lina, walaupun anak yang sulung tak sempat merasa lama penyusuan susu ibu... tapi kerana dia la yang menyebabkan hati Lina terbuka untuk menyusukan anak-anak yang seterusnya. Jika masa boleh diundur semula... tapi tak boleh kan...

Tuesday, December 8, 2009

Bumbo Seater

Ni Bumbo seater yang baru di beli.. baru tak baru sangatla.. Memang dah lama aim nak beli dari bersalinkan dadi lagi... tapi masa tu pk ish mahal sangat dekat rm200 harganya.. mana nak beli pampers lagi.. susu lagi.. so sekrang ni dah x payah pk pampers ngan susu buleh la beli... harga rm159.90 di littlewhiz sekarang ni ada sale YES kan.. banyak lagi la yang sale kat situ.. rasa cam nak beli semua jer. hehe.. tapi cik abang dah pesan.. nak beli apa-apa bagi tau ayah dulu..




Aktiviti Hari Ahad

Ajim makan ais kacang... sedap betul dia makan... siap hirup dari mangkuk polisterin tu lagi


Dadi yang comot pun x ketinggalan makan ais kacang....

Ada ice sculpture kat depan meja makan pengantin... first time pegi kenduri yang bawah khemah ada ice sculpture biasanya kat hotel jer ada... yer la kat Malaysia ni kan panas... jadi mudah ler cair

Sunday, December 6, 2009

Ajim

Sian Ajim.... Ni masa kat HKL melawat mak saudara Lina yang sakit ( telah pulang ke rahmatullah pada hari yang sama. Semoga rohnya di cucuri rahmat) sebenarnya sebelum pergi pun dah sedut juga di Klinik kat Ipoh.. tapi kat KL tu makin teruk pulak... terus ayahnya bawa pergi kecemasan...
Besar tak beg sekolah baru Ajim.... Jangan jeles nanti Ajim boleh bawa Dadi, Dani dan Kimah gi sekolah sekali... hehehe..

Entry yang tertangguh hampir setahun

Entry yang tertangguh hampir setahun.... baby ni adalah new baby Lina... Namanya Audadi Hakimah agaknya semasa mengandungkan dia nak tulis blog pun tak der mood... tapi sekarang I have new mood, new baby n new story to tell all about...

Banyak kisah baru yang boleh dikongsi bersama.. Hakimah sekarang dah 4 bulan lebih... masih menyusu ibu sepenuhnya tanpa di campur dengan FM. Kenapa Lina tak susukan Hakimah dengan FM (Formula Milk) I learn from mistake before. Ajim susunya campur dan berhenti menyusu ibu semasa umurnya baru 6 bulan.. Pengetahuan tentang penyusuan susu ibu pada masa itu masih kurang tapi banyak cabarannya membesarkan Ajim. Setiap minggu kami adalah pengunjung tetap Klinik.. sebabnya Ajim allergy yang teruk.. doktor suruh tukar kepada susu soya tapi keadaan dia masih macam tu. until now ajim tetap allergy dan asma sesekali sesekala.

Lepas melahirkan anak yang kedua Audadi Humaira. Lina belajar dari kesilapan yang pertama dan berjaya menyusukan Dadi secara eksklusif selama 6 bulan. Lina ingat lepas tu kena campurkan susu kepada bayi dengan FM sebab taku baby tak cukup susu tapi masih juga meneruskan susu ibu selama 1 tahun lebih dan berhenti selepas itu kerana tak tahu yang ibu mengandung juga boleh menyusukan anaknya... tapi alhamdulillah tahap kesihatan dadi baik mungkin sebab dia cukup mendapat antibodi dari susu ibunya... dan selepas membaca tentang tandem nursing dari majalah PA&MA yang di tulis oleh sue dan farah Lina berjaya menyusukan dadi semula bersama-sama adiknya

Dan melahirkan anak yang ketiga membuatkan Lina bersedia dan nekad untuk menyusukan hakimah seboleh-bolehnya sehingga 2 tahun. Dan lagi satu perubahan yang berlaku ialah Hakimah telah dipakaikan dengan CD (Cloth diapers) dan mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia yang berbahaya terkandung di dalam DD (Disposable Diapers)

Alhamdulillah tahap kesihatan Hakimah amat memberangsangkan dan ibu tak pernah pergi Klinik disebabkan Hakimah demam, selsema atau batuk... Sebab bila Hakimah selsema akan cepat baik sebab Kimah susu ibu... Sehingga hari ini ibu masih pam susu untuk buat stok EBM (Expressed Breast Milk) sebab mana la tahu ibukena pergi kursus ke Kimah takkan terputus bekalan...

Sunday, August 31, 2008

Mengimbau kenangan silam



Ajim beberapa tahun yang lepas... ingatkan ajim akan membesar menjadi budak yang tembam... sebab masa kecik ajim memang tembam... rupa-rupanya ajim mengecil.... bila tgk ajim sekarang lain betul dari dia yang beberapa thn lepas..... Gambo bawah tu ajim dan ibu raya pertama ibu, ayah dan ajim beraya bersama... excited sangat bila first time ajim pakai baju melayu. tahun ni nak beraya ngan audadi plak n excited nak pakaikan dadi baju kurung.. tapi tengah berkira kira kot ada baju kurung yang boleh fit ngan dadi sebab baju yang ibu beli tu besar la plak... si dadinye tak nak besar besar pun....

Friday, August 22, 2008

Ajim semakin matang

"Ibu ajim minta maaf, ajim tak buat lagi, ajim tak nak bagi ibu marah lagi"
"ajim sayang ibu, sayang banyak-banyak"
"ajim sayang ayah, ibu sayang dadi"
"ni baby la ibu bukan abang"
"baby nak dukung la ibu, sian baby"
"ibu sian ajim, ajim letih ibu buat la susu untuk ajim"
"ibu dah iklan la ibu kata bila dah iklan boleh buat susu"
"kita tengok cerita ibu sampai habis dulu, lepas ni tgk cerita ajim pulak"
"ajim nak tgk cerita kampung boy"
"ajim nak tgk ceria la ibu"
"ajim nak main badminton dengan ayah, ajim main badminto kat tmn meghu"
"ajim sayang ibu ayah dadi"
antara dialog-dialog yang selalu di perkatakan oleh ajim... dialog dadi blom ada lagi kalau dah ada nanti bertambah ler ayat koleksi ibu... hahaha ajim ajim.... non stop talking.. tapi kalau ajim tak der kat umah ibu dan ayah selalu rindu....
sekarang ni ajim dah tak nak tinggal umah embah dah... kenapa yer ajim ajim pernah pesan kat ayah "ayah jangan singgah rumah embah yer, nanti ayah tinggal ajim kat umah embah" terkejut badak ibu masa ajim cakap macam tu...
ajim ibu n ayah bukan tinggal ajim kat sana, tapi kesian embah tinggal sensorang, tokwan jauh kat johor... so ajim la yang kena temankan embah..... hopefully ajim akan faham bila ajim dah semakin membesar...
ajim pantang kalau tangkap gambar.. ada aje pose pose yang ajim terfikir nak buat... hehehe maklum ler ayahnyer photographer.... anak ler yang jadi model... tapi gambo kat atas ni ibu yang ambik.. sori ler kalau kualiti gambar tak macam yang ayah ambik... saja try ngan lens 50mm

Dadi Semakin Dewasa

boleh ker aku kata dadi semakin dewasa.... semua yang orang buat dadi nak ikut... ibu angkat kaki dadi ikut, abang main air liur dadi ikut... dulu masa abang kecik-kecik orang selalu cakap pada abang ish dia ni semua nak tahu... so ibu cakap "I'm in the stage of learning, I want to know everything".... dadi pun sama la macam tu kan.... cuma dadi extra bijak sebab dadi banyak belajar dari abang ajim... abang ajim selalu cemburu pada dadi (ibu rasalah) tapi dadi pun sama, bila abang ajim manja-manja dengan ibu dadi pun datang duduk atas ibu juga.... abang ajim suka simpan perasaan dia... tapi dadi suka express perasaan dadi.... memang kontra dadi ngan abang... tapi ibu ngan ayah harap dadi n abang boleh jadi adik beradik yang rapat dan sayang menyayangi....

Thursday, August 21, 2008

I love them soooo much


Ayah, Ajim n Audadi.... I love this picture soo much.. I love taking picture three of them becoz they are my love n my reason why i scrap, taking picture, cooking n shopping....

KEKASIH
Oleh : Usman Awang

Akan ku pintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu
Akan ku tenun awan gemawan
menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan kujahit bayu gunung
menjadi bayu pakaian malammu
Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu
Akan kurebahkan matahari
menjadi laut malammu
Menghirup saka madumu
Kekasihku, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi



Tuesday, July 22, 2008

Dadi and her first time durian experience

Tinggallah sedikit sayang kepada mereka yang dibenci
Tinggallah sedikit benci kepada mereka yang disayang.....

apa rasionalnye kata-kata ini fikir-fikirkan..... kadang-kadang cara kita berfikir ni lain daripada orang lain....
first time dadi diperkenalkan kepada durian, pada firasat aku dan suami dadi akan bertindakbalas seperti abangnye.... akan takut memegang duri durian yang tajam itu... ajim sampai sekarang masih lagi takut memegang duri durian katanya sakit.... tapi dadi tak rasa sakit ker.... hairan juga aku dan suami.... "Dadi jangan pegang durian nanti tangan dadi sakit" jerit ajim kepada adiknyer.... tapi adiknyer dengan selamba jer sentuh dan terus menyentuh.... kah kah kah.... lepas makan durian sapu kat lantai..... penat tau ibu kena mop lantai lepas tu.. sian ibu.....

Monday, July 14, 2008

hari isnin yang telah berlalu

Hari ni adalah hari hari biasa bagiku... yang berlainannya hari ni bila aku bangun kol 3 pagi.... sebab biasanya paling awal aku bangun pun kol 5 pagi.... sebab apa lina bangun kol 5 pagi hari ni... sebab lina nak siapkan custom album... kang customer bising kawin dah lma tapi albun tak siap lagi kah kah kah.. tak baik aku kan..... tapi yang ni bukan customer Lina.... orang upah untuk edit jer.... kita pun buat jer la.... dah lama rasanya tak tangkap gambar anak-anak hari ni rindu plak kat shutter camera... so ada la beberapa keping gambar anak anak untuk hari ini....

audadi bila nampak kamera terus jadi baik.... cam tau tau jer ibu nak ambik gambar dia masa tgh nakal.....
si abg plak pantang nampak kamera asyik nak posing jer......

ni motor ajim ada kisah di sebalik motor ni nanti lina cite, dadi dah meragam nak sleep ni...

Sunday, July 13, 2008

Sayangku....

Lina suka buat LO untuk anak-anak dan suami..... kenapa??? kerana mereka memberi inspirasi.. hidup ini takkan sempurna kalau pagi-pagi keluar tak cium bau masam ajim, audadi n ayah yang belum mandi masa ibu keluar pergi kerja....

Ajim masa his first time naik ferry.... wah excited sangat ajim naik feri.... Ibu kita naik aper sekarang ni..... maca-macam soalan dia tanya pada ibu ayah n maksu ( adik lina yang bongsu)....

LO ni paling lina suka sebab bila tgk LO ni teringat peistiwa tu.... ayah nampak macam seorang bapa mithali.... tapi ayah memang mithali pun.... Ibu sayang ayah sesangat.... kenapa yer.... sebab ayah amat memahami ibu dan anak-anak walaupun kekadang ayah bikin ibu sakit kepala hahahah

si kecik dadi ni pantang jumpa steering kereta..... kalau dah pegang macam tak nak lepas.... hopefully bila dadi dah besar nanti boleh jadi seorang pemandu yang berhemah ye sayang patuh semua undang-undang jalan raya.... dan yang paling penting ialah dadi mesti bawa ibu yang dah tua ni nanti nak kemana-mana......


ajim tatkala dia meluahkan perasaannya.....
ibu tanya "Kenapa ajim menangis?"
ajim jawab "Kenapa, kenapa ibu...
ibu tanya lagi "Kenapa ajim menangis?"
ajim jawab "Kenapa, kenapa ibu...
sebenarnya ajim masih tak faham apa maksud kenapa.... hehehe oooo macam tu la ingatkan kenapa la dia ulang balik apa ibu cakap...... ajim ajim....

Bila ajim tidur nampak baik jer.... tapi ajim memang budak baik pun..... mak ma (adik bawah Lina) selalu cakap ajim bila dalam gambar macam belakon jer macam budak baik.... makma ajim memang budak baik anak ibu.....
Anak-anak ibu.... yang ni nama Ahsan Hazim.... sekarang ni dia dah makin menjadi-jadi macam memberontak.... kenapa ye... ingat ibu jer yang perasan rupanya ayah pun sama juga... agaknye ajim cemburu dengan adik dia audadi.... Ajim jangan macam tu dua-dua anak ibu dua-dua ibu sayang... jadi ajim tak boleh cemburu dengan audadi.... kadang-kadang ajim meluahkan perasaannya dengan buat perkara-perkara yang ibu dan ayah tak suka so ajim akan menarik perhatian.... tapi lepas tu kena marah ngan ayah.... Ya Allah ya tuhanku tabahkanlah hati hambamu ini dalam mendidik anak-anak supaya menjadi hambamu yang baik dan beribadah kepadamu.....



Yang ni namanya audadi humaira.... boleh dah berjalan dua tiga langkah..... ajim sayang pada audadi tapi kadang-kadang dia geram pada audadi.. tak boleh tengok ibu n ayah manjakan audadi..... perkataan yang audadi boleh sebut sekarang ni Ayyah..... tu jer la lambat betul anak-anak ibu nak boleh sebut ibunyer kenapa ntah.....