Menu malam ni sangat simple. Since anak2 sangat suka makan taucu ibu masak keli masak taucu. Ikan keli goreng tu beli je kat kantin sekolah. Tak kuasa nak berperang dgn percikan minyak di dapur. Bukan pe nanti sah sah kene lap banyak tempat.... Jimat masa dan tenaga kan....
Thursday, March 29, 2012
Astro Beyond
Dah register untuk astro beyond? Saya sudah... Oklah untuk gambar yg lawa... Tapi channel hd je la. Yang parahnya nak bayar bil bulan2 tu je....
Bulan 4 ni org gomen dapat gaji baru insyaallah. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi.... Rezeki datang daripada Allah kalau Dia x nak bagi makanan yang nak masuk dalam mulut pun boleh keluar balik.... Siapa pun kita tetap makhluk Allah. Hanya Dia yang maha berkuasa.... So jgn takut sokong sapa pun kalau Allah kata tu rezeki kita tetap milik kita..... (implicitly menyatakan pendirian)
Wednesday, March 28, 2012
Lambat gile
Niat di hati nak cari movie untuk didownload. Tapi lambat gile. Nape la aku beli rumah kat ulu ni. Bila pk senang nak gi keje ok la. Tapi bila pk tenet lambat gile geram pulak.
Ajim dadi kimah semua dah tido. Biasa untuk anak2 tido jam 10 mlm. Bukan pe mudah nak urus. Esok nk bgn pegi sekolah tak la susah sangat sebab dah biasakan diorg tido awal.
Mmg bukan sesuatu yang mudah nak ajar anak tido pada waktunya. It takes a lot of heart breaks n effort. Masa ank yg sulung dulu kerap pegi klinik waktu kecik. Sebab dia allergy dan not fully bf pun sbb ibu x der knowledge. So bila pegi klinik kene la mkn ubat. Ajim pulam jenis susah nak makan ubat. So doc siap sound "you yg ajar dia or dia yg ajar you" tercabar dengan kata2 tu kot.... Dah la saya mmg cikgu. So bertitik tolak daripada peristiwa tu saya nekad saya mesti boleh bentuk anak saya seperti yang saya mahukan. Tapi tidaklah sehingga menggunakan kekerasan. Yang perlu dibentuk seperti disiplin di rumah perlulah ditekankan. Apapun anak di bawah umur 7 thn perlu dibesarkan dengan kasih sayang....
Aktiviti membeli belah
Sebenarnya tak payah pegi shpping complex pun duit boleh habis. Hari ni beli tupperware. Apa tujuan beli? Suka tgk sebab warnanya lawa. Itu je sebabnya. Kalau nak bawa bekalpun bukan pakai yang besar2 tu.
Sekarang ni dah jadi satu habit mesti nak kena membeli sehari. Kalau tak beli rasa macam libang libu je hati. Nape ye. Ada tak ubat bagi penyakit macam ni.... Hehe... Apapun bergantung pada diri masing2 la kan. Kalau tak de apa pun nak beli singgah juga kedai cari alasan beli roti coklat ajim.
Hari mengajar macam biasa. Cuma blur sepanjang hari..... Nape ntah. Harapan untuk pelajar ambim pmr tahun ni hopefully mencapai target 100% lulus. Untuk kelas yang diajar je la kan.
Oklah see ya....
Tuesday, March 27, 2012
Cinta hati saya
Ini 3 org cinta hati saya. Bukan senang rupanya nak membesarkan anak. Sangat menguji fizikal dan mental. Kerapkali saya tersasar kata dan terlanjur perbuatan. Maafkan ibu anak-anak. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa di luar sana membesarkan anak2 dengan sempurna.
Sebagai guru saya kerapkali berjumpa dengan anak2 yang diabaikan. Sangat sedih tetapi apa yang saya boleh lakukan sangatlah terhad. Masa anak2 byk dihabiskan bersama2 kawan. Jika baik kawan yg dipilih baiklah dia. Jika sebaliknya sangatlah rugi.
Monday, March 26, 2012
Yang Tersayang
Dadi takde dalam gambar Sebab yang dalam gambar tinggal di lpoh.